Sabtu, 14 Mei 2011

CR : Cabaran 50 Buku : (2) Andai Kau Jodohku

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh



Penulis : Liza Zahira
Penerbit : Alaf 21

Sinopsis dari kulit buku:

Riana Syuhada Adam, gadis wartawan yang begitu komited dengan kerja dan tidak suka berbicara soal jodoh. Hatinya sekeras kerikil hingga dia tidak mudah jatuh cinta. Namun jauh di sudut hati, dia masih menyimpan janji setia dengan teman sepermainan sewaktu kecilnya, Minul. Kepada lelaki itu sahajalah disandarkan harapan untuk menggapai bahagia.

Hidupnya yang tenang, tiba-tiba menjadi kacau bila menjadi mangsa tipu muslihat dan kuasa mistik manusia bejat yang akhirnya menemukan dia dengan Danish Haiqal. Terlepas daripada saat getir dan selamat di sisi pemuda itu, membuatkan hati Riana tidak keruan. Danish berjaya meruntun hatinya. Malah, Danish turut menyimpan perasaan terhadapnya.

Pertalian antara Danish dan Syed Aminul membuatkan keadaan semakin kusut! Danish dan Syed Aminul sebenarnya sepupu! Malah, Riana sendiri mendapat tahu bahawa Syed Aminul sudah pun berkahwin.

Riana kecewa. Lelaki yang diharapkan untuk menggapai kebahagiaan tidak mungkin menjadi miliknya. Haruskah dia mendambakan cintanya pula itu kepada Danish, sedangkan Danish sudah berjanji akan menyatukannya dengan Syed Aminul? Sayangnya... Riana tidak tega bermadu!

Ulasanku :

Jarang kita berjumpa dengan orang yang mukanya seiras dengan orang lain kecuali kembar. Danish Haiqal, watak dalam novel ini mempunya wajah seiras dengan Syed Aminul a.k.a Minul. Bagaimana wajah mereka seiras? Bacalah novel ini untuk mendapatkan jawapannya.

Riana meminati Minul namun Minul teleh berkahwin dengan Maria kerana suatu peristiwa. Riana telah dipukau oleh Ezani melalui ilmu hitam yang dipelajari kerana wajah Riana seiras dengan wajah arwah isteri pertamanya.

Tujuan Ezani adalah untuk menghidupkan kembali arwah isteri pertamanya menggunakan tulang arwah dan ilmu sesat yang dipelajari. Mujur keluarga Riana sempat menyelamatkan Riana dengan bantuan Danish dan bapa angkatnya.

Ada satu babak tu, Ezani menculik isteri kedua dan anak-anaknya untuk dijadikan korban untuk mencapai tahap tertinggi dalam kumpulan ajaran sesat. Apabila tiba di babak pertarungan antara Danish dengan Ezani terasa meremang bulu roma membacanya. Riana pula mengalami trauma dan perlu mendapatkan rawatan.

Kesudahannya memang menarik. Kalian patut baca novel ini.

Wassalam.

Selasa, 3 Mei 2011

Kawaii Mushroom

Assalamualaikum warahmatullah dan salam muhibah

 

*Update guna WLW lagi.

Akhirnya, Kawaii Mushroom berjaya disiapkan. Ada loceng sekali kat tepi keychain ring tu.

Mata tu guna brads. Dalam DP dah ada disertakan sepasang brads  sekali.

DP ni beli kat fb Kc Kawaiiplanet. Kalau nak cuba buat sendiri, bolehlah beli DP.

003

Brads ada dijual di blog Kedai Sus dan Button4crafts.

*WLW Windows Live Writer

*DP DIY Pack

ps : Sesiapa nak tempah Kawaii Mushroom kat aku pun boleh.

 

Wassalam.

Jumaat, 29 April 2011

Kawaii Gitar

Assalamualaikum warahmatullah dan salam muhibah.

*Update melalui WLW sebab tak dapat tembusi talian internet. Entah ada orang baca ke tidak. Lama dah tak kemas kini blog pasal terlebih vitamin M.

Kawaii Gitar ni belajar daripada fb : Kc Kawaiiplanet melalui DIY Pack yang dijual. Ni DIY Pack kedua yang aku beli daripada Kc Kawaiiplanet selepas DIY Pack Kawaii Mushroom (masih tak siap dicantumkan).215956_138426856229070_100001852705703_266859_5979932_n

Kc Kawaiiplanet ni juga pembekal barang-barang untuk membuat kraf felt seperti kain felt wool, kain felt polyster, keychain ring, hp strap, butang dll selain menjahit kraf felt.

Hasil jahitan Kc Kawaiiplanet memang kemas dan cantik!

Berkenaan gambar kat bawah  ni pulak. Hasil yang aku dapat bila belajar melalui DIY Pack Kawaii Gitar adalah gitar warna ungu. Semalam aku buat bila dah dapat DIY Pack tu. Gitar warna hijau dan merah jambu baru dibuat hari ni.

Gitar hijau tu lain sikit bentuknya pasal tuannya minta macam tu katanya pasal dia kidal. Apa kaitannya pun aku tak faham = =”.

008

Harga DIY Pack yang dijual :

BELI 1 - RM10/pack
BELI 2 - RM9.50/pack
BELI 4 ke atas - RM8.50/pack

 

Kc Kawaiiplanet ada menjual 10 DIY Pack :

1. DIY Pack Kawaii Gitar

2. DIY Pack Kawaii Kereta

3. DIY Pack Kawaii Mushroom

4. DIY Pack Kawaii Cat

5. DIY Pack Kawaii Lollipop

6. DIY Pack Kawaii Aiskrim

7. DIY Pack Kawaii Domo saiz kecil

8. DIY Pack Kawaii Domo saiz besar

9. DIY Pack Kawaii Keychain name

10. DIY Pack Kawaii GD Bear

Anda cuma perlu sediakan gam UHU dan gunting sahaja!! Cara mejahit insang pari, jelujur, backstitch dan sembat disediakan + cara untuk menjahit keychain tu.

Tak kira perempuan atau lelaki, tua atau muda..semua boleh cuba.

 

*WLW – Windows Live Writer

 

ps : kalau ada sesiapa nak tempah kawaii gitar daripada aku pun boleh Smile 

 

Wassalam.